SEORANG warga emas yang menjual kuih-muih tempatan di sebuah jalan raya dekat Bachok, Kelantan mencuri perhatian ramai selepas kisahnya dikongsi di media sosial.
Manakan tidak, melalui perkongsian seorang pempengaruh media sosial, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi melalui akaun instagramnya, @foundermisi, warga emas wanita berusia lebih 70 tahun itu tersebut dilihat berdiri di persimpangan sebuah lampu isyarat.
Labih menyedihkan lagi, dia tetap gagah menawarkan kuihnya kepada setiap kenderaan yang lalu dengan penuh semangat.