Viral

[VIDEO] Di mana penguatkuasa APMM? Pendatang haram Indonesia seronok buat ‘content’ di perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berdepan kritikan hebat daripada warganet susulan tularnya beberapa kandungan media sosial yang memaparkan kemasukan warga asing, khususnya dari Indonesia ke Malaysia secara haram dengan mudah dan tanpa halangan ketara.

Beberapa video yang dimuat naik di platform seperti TikTok menunjukkan individu-individu terbabit dengan berani menceroboh masuk melalui laluan laut tanpa dokumen sah, malah ada yang menjadikan tindakan mereka sebagai kandungan hiburan untuk tontonan umum. 

Lebih mengejutkan, bukan hanya satu atau dua akaun TikTok yang berkongsi kandungan sebegitu rupa tetapi semakin banyak hantaran sebegini muncul, seolah-olah mencabar kedaulatan dan sistem kawalan sempadan negara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.