SEBUAH video tular di media sosial memaparkan situasi unik yang berlaku di sebuah kawasan flat di Tebrau, Johor Bahru, Johor apabila sesetengah penduduk meletakkan kunci mangga pada tempat letak kereta mereka sebagai tanda menandakan tempat letak kereta.
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Wani Anuar yang memuat naik rakaman berkenaan apabila memaparkan sikap pentingkan sendiri mereka atas tujuan menjaga kawasan parkir kononnya.
“Normal macam ini kan? Pilih lah saya untuk cari rumah impian anda. Insya-ALLAH saya cadangkan unit tidak cop parking,” tulisnya pada video yang dimuat naik pada laman TikTok pada Rabu.





