SUSULAN kenyataan kontroversi dibuat selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, berhubung pembinaan pusat pelacuran yang perlu diwujudkan di negara ini, beliau tampil membuat permohonan maaf pada Selasa.
Rosyam berkata, dia tidak menyangka kenyataan itu akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk agamawan.
“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram, pada Selasa.