Viral

[VIDEO] Bulan puasa nak dekat pun tak insaf lagi, perompak pakai ‘grinder’ pecahkan tabung surau di Ipoh

MESKIPUN bulan Ramadan semakin menghampiri dengan berbaki kira-kira dua minggu lagi, seorang lelaki seolah-olah masih belum insaf selepas licik bertindak mencuri tabung surau yang terletak di Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak.

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lepas itu mula menjadi perhatian warga maya selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di laman X pada Rabu.

Menggunakan pelitup muka untuk elak dikenali, suspek membawa bersama peralatan khas seperti mesin grinder untuk memecahkan tabung surau tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh