TERNYATA lelaki Malaysia memiliki daya tarikan tersendiri hingga mampu ‘mencairkan’ hati wanita-wanita di Jepun.
Itu ungkapan digambarkan orang ramai sebaik menonton satu klip video memaparkan respon wanita di negara matahari terbit tersebut terhadap lelaki Malaysia.
Rakaman berdurasi seminit satu saat yang dikongsikan menerusi aplikasi Thread madhery87 itu menunjukkan seorang pengguna TikTok bertanyakan kepada dua wanita mengenai lelaki dari negara Asia yang kacak di mata mereka.





