SEORANG kanak-kanak dilaporkan hilang di sekitar kawasan Pantai Balok, Kuantan, Pahang pada Sabtu.
Menerusi video tular di media sosial, beberapa kenderaan pasukan keselamatan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam, mangsa berusia tujuh tahun dipercayai sedang bermandi-manda di pantai sebelum dilaporkan hilang.