TINDAKAN seorang pemandu kereta jenis Honda Civic yang memandu secara bahaya hampir mengundang kemalangan ngeri di sebuah jalan bulatan di Genting Highland, Pahang baru-baru ini.
Kereta jenis Honda Civic itu melakukan aksi ‘drift’ di kawasan tersebut sebelum gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik dan nyaris dirempuh oleh pemandu lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sukan Star TV di media sosial, pemandu lain yang nyaris menjadi mangsa kemalangan itu sempat mengelak daripada melanggar kereta Honda Civic terbabit.