TULAR sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta dipercayai jenis Toyota Vios berwarna putih di sebuah lebuh raya sejak Selasa.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @ohtweet pada Selasa, penunggang lelaki itu dilihat bertindak menendang cermin sisi kereta tersebut sebelum terjatuh ke bahu jalan.
Pada masa yang sama, cermin sisi kereta terbabit dilihat tercabut selepas ditendang ketika kejadian itu.