KISAH seorang pekerja warga Bangladesh yang sanggup menerima pemotongan gaji demi menunaikan solat lima waktu berjemaah di surau mencuri perhatian ramai.
Malah sikapnya yang lebih memilih untuk menunaikan ibadah berbanding gaji itu seharusnya dijadikan contoh teladan terbaik buat umat Islam.
Perkongsian yang dimuat naik pengguna media sosial, Zariff Southpaw di laman Threads miliknya, memaparkan nilai keimanan dan pengorbanan luar biasa lelaki yang digelarnya sebagai ‘Bangla Green Flag’.