DETIK cemas menyelubungi pengguna Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Johor apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dikesan memandu dalam keadaan melawan arus sehingga hampir meragut nyawa individu lain.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihak berkuasa kini giat mengesan pemandu berkenaan untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini, tiada laporan rasmi diterima berhubung insiden tersebut.