Viral

[VIDEO] Alphard dirampas JPJ depan anak angkara ‘roadtax’ mati, ibu tunggal sedih dituduh sengaja lambat proses faraid

KENDERAAN jenis Toyota Alphard milik seorang ibu tunggal yang disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika Ops Luxury Car pada 30 Ogos lalu kerana cukai jalan tamat tempoh baru-baru ini mencuri perhatian warganet.

Menerusi perkongsian video di TikTok melalui akaun dblanche shop, wanita itu sekali lagi menegaskan bahawa kereta peninggalan arwah suaminya itu bukan sekadar kenderaan, sebaliknya mempunyai nilai sentimental kerana menjadi hasil titik peluh mereka bersama.

Menurutnya, ketika operasi itu dijalankan, dia cuba memperbaharui cukai jalan di hadapan pegawai bertugas dengan menghubungi ejen insurans, namun proses tersebut tidak diterima kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.