SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila kediamannya di Semenyih, Hulu Langat, Selangor disimbah cat merah dipercayai perbuatan pengutip hutang ataupun ‘ah long’ pada Jumaat.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rozanah, menerusi hantarannya di Facebook menjelaskan, dia turut menerima sekeping nota ugutan daripada individu terbabit.
Namun, perbuatan itu difahamkan ditujukan kepada bekas pemilik rumah tersebut yang dipercayai berhutang dengan pihak berkenaan.