SEORANG lelaki dirakam tertidur semasa memandu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), Johor.
Dalam kejadian sekitar pukul 10.40 malam Sabtu itu, Proton Wira berwarna putih yang dipandu lelaki itu juga turut merempuh beberapa buah kenderaan.
Menerusi video yang tular [Tonton Video], dia dilihat memandu secara perlahan di lorong paling kiri lebuh raya tersebut.





