SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi musnah terbakar dipercayai berpunca daripada mercun yang dibuang berhampiran kenderaan berkenaan dalam kejadian di Segambut, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di TikTok pada Rabu [Tonton Video] pemilik kenderaan @_cake23 mendakwa sebelum kejadian, beberapa individu bermain mercun sekitar 11.40 malam sehingga lewat malam di kawasan berhampiran rumahnya.
Menurutnya, kira-kira pukul 5 pagi, berlaku kebakaran dengan jiran cuba mengejutkan mereka sekeluarga.





