SEBAGAI tanda cinta dan kasih sayang, seorang ustaz menghadiahkan sebuah rumah bernilai kira-kira RM300,000 di Nilai, Negeri Sembilan, untuk isterinya yang juga seorang guru agama.
Kisah mengenai Ustaz Muhammad Fauzi Jaafar dan Ustazah Nurul Khadijah Mohamad itu tular selepas pendakwah berkenaan berkongsi video [Tonton Video] ketika mereka berada di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Isnin lalu.
Bercakap kepada mStar, Fauzi berkata dia memilih untuk membuat lafaz hibah mengikut saluran undang-undang agar nasib isterinya terbela selepas ketiadaannya suatu hari nanti.

Ustaz Fauzi menghadiahkan sebuah rumah buat isterinya selepas membuat lafaz hibah di mahkamah pada Isnin.






