KEHADIRAN cahaya mata sepatutnya menjadi detik paling membahagiakan dan penguat kasih sayang bagi setiap pasangan suami isteri.
Namun tekanan kewangan serta sikap tidak bertimbang rasa boleh meretakkan rumah tangga dalam sekelip mata seperti yang terpaksa ditelan oleh wanita ini.
Lebih menyedihkan, sebaik sahaja tamat tempoh berpantang, dia terpaksa membuat keputusan besar dengan memfailkan perceraian secara ‘fast track’ demi melindungi emosi dan masa depan anaknya yang baru berusia 48 hari.






