SEORANG wanita buntu apabila mengenangkan hubungan cintanya dengan kekasih berdepan halangan daripada keluarga lelaki tersebut yang seolah-olah kurang senang dengan kehadirannya.
Ceritanya, pertemuan pertama dengan ibu bapa teman lelakinya menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila dia dilayan dingin dan seperti tetamu tidak diundang.
Tidak hanya itu, soalan sensitif yang dianggap tidak sesuai ditanya pada pertemuan tersebut turut membuatkan dia berasa tidak selesa.






