PROSES temu duga kerja kebiasaannya menjadi platform terbaik untuk majikan menilai kebolehan dan potensi calon secara profesional sebelum memutuskan untuk mengambil mereka bekerja.
Namun, bagi seorang wanita dia berdepan dengan pengalaman yang cukup mengecewakan apabila idea pemasaran yang dikongsi secara jujur ketika sesi temu duga didakwa ‘dicuri’ dan digunakan oleh pihak syarikat berkenaan.
Menurutnya, dia menghadiri sesi temu duga bagi jawatan eksekutif pemasaran dan diminta berkongsi cadangan strategi yang sesuai untuk syarikat berkenaan.

Pembentangan yang kreatif akan menarik minat bakal majikan untuk mengambil calon bekerja. -Gambar hiasan AI





