ALAM perkahwinan memerlukan perancangan kewangan yang rapi, bukan sahaja bagi menampung kos majlis malah sebagai persediaan kehidupan selepas bergelar suami isteri.
Disebabkan itu, ramai pasangan sanggup mengikat perut dan berjimat-cermat demi memastikan wang simpanan mencukupi menjelang hari bahagia.
Namun, nasib malang menimpa seorang wanita apabila simpanan yang dikumpul bersama lesap begitu sahaja selepas tunangnya bertindak menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam pertukaran mata wang asing (forex).
Pelaburan dagangan forex boleh menyebabkan seseorang mengalami kerugian jika tidak dibendung. -Gambar hiasan AI
Menurutnya, mereka sebelum ini bersetuju untuk menyimpan RM1,000 seorang setiap bulan bagi menampung kos majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada April tahun depan.
Lebih menyedihkan, dia sanggup berjimat-cermat dan mengetepikan keinginan sendiri demi memastikan sasaran simpanan mereka tercapai.





