BAGI sesetengah bakal pengantin, kehadiran bridesmaid bukan sekadar menceriakan majlis, malah mereka juga memainkan peranan penting membantu melancarkan pelbagai urusan pada hari bahagia.
Namun, tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan apabila individu diharapkan untuk membantu tiba-tiba menarik diri hanya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Itulah situasi dilalui oleh seorang wanita apabila beberapa rakannya menarik diri pada saat akhir, sekali gus membuatkan dia buntu memandangkan majlis perkahwinannya dijadualkan berlangsung minggu depan.

Bridesmaid atau gadis dulang seolah-olah sudah menjadi trend ketika ini. -Gambar hiasan AI



