LULUH hati seorang isteri apabila suami sendiri tanpa berselindung mengaku sudah mempunyai kekasih lain.
Cerita wanita berkenaan, suaminya tidak hanya mengaku mempunyai teman wanita malah berani menyuarakan hasrat untuk berpoligami.
Alasannya juga cukup merentap jiwa, hanya kerana hubungan mereka tiada lagi ‘spark’ dan hambar.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Menurut wanita malang ini, kecurangan suaminya terbongkar selepas dia sendiri bersemuka dan meminta penjelasan daripadanya.

Sering bertengkar boleh menjadi punca pasangan tawar hati. -Gambar hiasan AI
“Suami saya kantoi ada teman wanita. Bila saya bersemuka, suami mengaku dan mengambil keputusan untuk berpoligami.
“Kata suami punca kecurangannya disebabkan sudah hilang ‘spark’ antara kami. Penyondol juga tahu kewujudan saya.
“Hubungan kami memang macam tawar. Tiada gaduh, lebih kepada dua-dua memendam perasaan. Suami pun tak pernah slow talk tentang apa dia rasa,” kongsinya di Threads.
Selepas perkara itu terbongkar, hubungan suami dan kekasih gelapnya semakin rancak tanpa perlu berselindung daripadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Dia macam susah nak serah tubuh" – Suami kecewa, bosan isteri asyik tunjuk sikap ‘malas’ di bilik tidur
ARTIKEL BERKAITAN: Suami cari jalan ‘keluar’, tak sanggup tunggu lebih lama lepas 3 tahun belum dapat zuriat… Terus hantar ‘proposal’ kahwin lain!
Hatinya juga hancur apabila suaminya mengambil keputusan untuk bercerai dengannya walaupun sebelum ini hanya mahu berpoligami.
Namun dia tidak sanggup berpisah bukan sahaja kerana masih ada cinta terhadap suami tetapi risau mengenangkan tentang nafkah anak-anak.
“Sekarang suami tekad mahu teruskan bercerai tapi saya tak setuju sebab terlalu awal untuk saya proses semua yang berlaku.
“Saya masih sayangkan suami dan keluarga. Tapi jika mahu juga bercerai, apa langkah pertama patut saya buat untuk tuntut nafkah anak?” soal wanita itu secara terbuka.
- Isteri kecewa apabila suami mengaku curang dan mahu berpoligami kerana sudah hilang rasa sayang.
- Dia percaya hubungan tawar itu boleh diselamatkan jika mereka mengambil sesi kaunseling lebih awal.
- Suaminya kini semakin rapat dengan wanita berkenaan yang mengetahui statusnya sebagai isteri sah.
- Lelaki itu bertegas mahu meneruskan perceraian minggu depan walaupun dia belum bersedia.
- Wanita itu tidak sanggup hidup bermadu meskipun masih berharap rumah tangga dapat dipertahankan.
Perkongsian itu dihujani dengan komen netizen yang meminta wanita itu melepaskan suaminya kerana jelas lelaki itu sudah tiada perasaan terhadapnya.
Malah ramai berpendapat poligami bukan jalan penyelesaian kepada masalah rumah tangganya kerana ia akan menambah derita dihatinya.
“Lagi teruk makan hati kalau dia tak balik-balik rumah. Nak ke macam tu?
“Bukan hendak ketepikan perasaan awak, tapi dia pilih perempuan itu dan awak kena bersedia tentang hak awak dan anak-anak. Nak fikir fasal dia lagi kenapa?,” antara komen netizen.
Cara membuat tuntutan nafkah anak
Seorang peguam syarie, Tuan Mohamad Azlin, pernah berkongsi mengenai cara dan proses membuat tuntutan nafkah anak sama ada bagi kes sedia ada atau permohonan baharu di mahkamah.
Jelas Azlin, pemohon perlu menyatakan jumlah nafkah yang dimohon secara terperinci dan disertakan dengan kiraan yang jelas supaya mahkamah dapat memahami asas penetapan jumlah tersebut.
Selain itu, cara pembayaran juga hendaklah dinyatakan secara spesifik, contohnya melalui pindahan wang ke akaun bank termasuk menyertakan nombor akaun dan nama bank dengan lengkap.
Azlin turut menasihatkan agar tarikh pembayaran ditetapkan dengan jelas, misalnya sebelum atau pada 28 haribulan setiap bulan bagi memastikan ia meliputi semua bulan termasuk Februari.




