“TERIMA kasih sebab datang hari ini. Kasut kamu koyak, tapi semangat kamu lebih kuat daripada ramai yang lain.”
Itu luahan ikhlas seorang guru, Hilmi Salleh, kepada seorang murid lelaki yang tetap hadir ke sekolah meskipun kasut yang dipakai koyak teruk dan hampir tertanggal tapaknya.
Kisah menyentuh hati itu dikongsikan sendiri oleh Hilmi menerusi satu catatan di Facebook miliknya, yang kini tular dan menyentuh hati warga maya.





