NAMPAK biasa di mata masyarakat, namun hakikatnya suri rumah memikul tanggungjawab yang besar dalam menguruskan keluarga.
Di Threads, seorang lelaki berkata dia mula membuka mata tentang peranan isterinya selepas mula bekerja dari rumah (WFH) beberapa tahun lalu.
“Sepanjang WFH, satu benda paling buka mata aku ialah betapa besar pengorbanan isteri sebagai suri rumah. Aku tengok sendiri dia struggle setiap hari.

Suami perlu menghargai pengorbanan isteri yang tidak tahu erti penat lelah dalam menguruskan keluarga. -Gambar hiasan AI





