SESUNGGUHNYA rezeki memang sudah diatur Allah, namun kejujuran dan sikap timbang rasa penting agar tiada pihak yang akan rasa dianiaya terutama jika melibatkan punca pendapatan yang sudah lama diusahakan.
Begitulah luahan seorang wanita yang terkilan apabila tempatnya menghantar makanan ‘cucuk-cucuk’ berasaskan bebola diambil alih individu lain tanpa penjelasan daripada pemilik kedai makan yang menjual sarapan pagi.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu berkata dia sudah lama menghantar cucuk-cucuk ke premis berkenaan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti sementara sepanjang bulan Ramadan lalu.

Setiap peniaga berdepan dengan dugaan termasuk berniaga secara kecil-kecilan. -Gambar hiasan AI





