FASA dalam hubungan bukan sekadar soal keserasian tetapi melibatkan soal masa depan dan tanggungjawab yang perlu difikirkan dengan matang.
Seorang wanita berkongsi dalam dilema sama ada ingin meneruskan perkahwinan dengan teman lelakinya selepas tiga tahun menjalinkan hubungan.
Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 35 tahun itu dilihat sebagai tidak mempunyai motivasi dan wawasan dalam hidup membuatkan dia putus asa untuk mempertahan hubungan tersebut.

Lumrah wanita pastinya mengharapkan kehidupan bahagia selepas berkawin. -Gambar hiasan AI





