HUBUNGAN ibu mentua dan menantu perempuan sering digambarkan tegang selain masing-masing kerap bermasam muka yang biasanya tentang perkara tidak masuk akal.
Lain pula bagi wanita ini, dia mendedahkan hubungan dengan ibu mentua menjadi renggang selepas melalui beberapa insiden melibatkan hubungan kelamin dengan suami.
Menurut wanita itu, segalanya bermula ketika hari dia melangsungkan perkahwinan apabila ibu mentuanya meletakkan satu syarat kepada suaminya sebelum mereka bernikah.






