TERPEDAYA dengan imej alim yang dipamerkan, seorang individu terpaksa menanggung padah apabila rumah yang disewakan dijadikan tempat tinggal beramai-ramai tanpa pengetahuannya.
Itu didedahkan seorang ejen hartanah sebagai peringatan kepada pemilik kediaman supaya lebih berhati-hati memilih penyewa.
Menurut lelaki berkenaan, bakal penyewa pada awalnya memaklumkan dia mahu tinggal bersendirian dan tidak melihat sebarang perkara pelik tentangnya kelihat melihat rumah sewa berkenaan.

Pemilik rumah perlu berhati-hati dalam memilih penyewa. -Gambar hiasan





