SAMBUTAN Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar hiba bagi seorang wanita apabila mendakwa menjadi mangsa pilih kasih bapanya sendiri.
Meluahkan kesedihan yang terbuku, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia bertanya kepada bapanya mengenai bayaran zakat fitrah pada malam raya lalu.
Namun bapanya dengan selamba memberitahu tidak membayar zakat tersebut untuknya dan jawapan tersebut menggores hatinya.

Anak sulung sering dibebankan dengan tanggungjawab menyara keluarga. -Gambar hiasan





