AKTIVIS pelajar dan pengasas Pocket of Pink, Ain Husniza Saiful Nizam meluahkan rasa kecewa selepas sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual susulan keterlibatannya memperjuangkan isu kesedaran seksual dan hak wanita.
Dalam satu hantaran di laman X (Twitter) @ainhsaifulnizam, gadis berusia 21 tahun itu berkongsi pengalamannya apabila menerima cercaan serta komen berbaur lucah walaupun dia berpakaian sopan ketika ditemu bual sebuah pertal media tempatan awal Jun lalu.
Ain turut meluahkan rasa kecewa dengan segelintir warga maya yang meninggalkan komen berbaur lucah dan ayat-yat yang kurang sopan.