Viral

Tak mampu bayar PIBG RM100, penjaga dakwa anak dimalukan depan kelas – “Sumbangan ni wajib ke?”

SECARA umumnya, kutipan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertujuan membantu pihak sekolah menampung pelbagai keperluan serta menjayakan aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar.

Namun di platform Threads, perkongsian seorang individu mencuri perhatian warga maya apabila dia secara lantang mempersoalkan kutipan sebanyak RM100 yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap para pelajar.

Menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan dia terkilan adalah apabila anaknya didakwa dimalukan di hadapan rakan-rakan hanya kerana gagal menjelaskan bayaran tersebut.

“Sumbangan PIBG ni wajib ke? Kenapa perlu mendesak sedangkan keluarga kami dah kata tak boleh bayar sebab tak mampu dan ada krisis kewangan. Lepas tu malukan anak dalam kelas. Menjijikkan tenaga pengajar yang sifatnya begitu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘back up’ anak bongsu malas pergi sekolah, mengamuk terbalikkan almari tanda protes – "Aku dulu dah kena penampar"

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh