KITA yang berbudi kepada tanah, jiran pula tuai hasilnya!
Itu situasi terpaksa ditelan oleh seorang wanita apabila sifat pemurahnya diambil kesempatan oleh jirannya yang menjadikan tanaman di laman rumahnya sebagai ‘pasar raya’ setiap kali mahu memasak.
Memilih mendiamkan diri sikap jirannya itu, wanita tersebut enggan ‘berperang’ kerana ingin menjaga silaturahim dan ukhwah sesama jiran selain menganggap ia isu remeh.





