ISU keutamaan penggunaan lif sering menjadi pertikaian khususnya antara golongan membawa kereta sorong bayi dan kerusi roda dengan kumpulan individu yang didakwa malas menggunakan eskalator.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi detik cemas berdepan tindakan biadab pelancong warga asing yang didakwa menegur suaminya ketika mahu menaiki lif bersama kereta sorong bayi.
Menurut wanita berkenaan, ketika itu suaminya sedang sabar menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif selepas memberi laluan kepada penumpang yang mahu keluar terlebih dahulu.

Sikap bertimbang rasa perlu ketika menggunakan kemudahan awam seperti lif. -Gambar hiasan AI





