RUMAH tangga yang dibina atas dasar cinta sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk seorang isteri berlindung dan disayangi suami.
Namun kebahagiaan yang disangka mampu berkekalan boleh berubah dengan sekelip mata apabila pasangan mula berubah sikap seperti berlaku curang atau melakukan keganasan rumah tangga.
Itu juga yang berlaku kepada seorang wanita yang mendakwa diperlakukan dengan kejam oleh suami sendiri hanya kerana perselisihan faham kecil.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Ceritanya, isu di antara mereka mula timbul selepas lelaki berkenaan memungkiri janji apabila mendedahkan berita kehamilannya kepada keluarga mentua.

Sokongan suami adalah kekuatan terbesar buat isteri sepanjang kehamilan. -Gambar hiasan AI
“Kami sepakat merahsiakan kehamilan ini daripada semua orang termasuk ibu mentua dan ibu aku sendiri.
“Kehamilan ini terlalu rapat dan aku belum bersedia dari segi mental untuk menghadapi soalan orang sekeliling.
“Tiba-tiba aku dapat tahu suami senyap-senyap beritahu mak dia, padahal sebelum ini bukan main dia cakap tidak ada beritahu sesiapa,” kongsinya.
Perkara itu membuatkan dia hilang sabar kerana merasakan perasaannya sebagai isteri langsung tidak penting oleh suami.
“Aku mengamuk, menangis depan dia sebab aku rasa dia tak kisah pun dengan keputusan aku,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah isteri lepas diterjah, wanita dipercayai skandal nafi ada hubungan istimewa – “Aku panggil dia B, B tu brother la”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi… Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti
Perasaan marah dan rajuk itu bagaimanapun bertukar mimpi ngeri apabila suaminya bertindak agresif dan menyerangnya sehingga mengalami kecederaan.
Apa lebih menyedihkan perbuatan itu dilakukan di hadapan anak mereka yang menangis ketakutan melihat perbuatan bapa mereka.
“Perkataan pertama yang dia lemparkan adalah kau dah gila ke?
“Selepas itu dia tarik, sepak dan terajang aku. Dia cuba pijak perut aku, tarik baju sampai koyak. Dia tolak aku ke lantai sampai pipi aku lebam, gigi berdarah.
-
Seorang wanita dibelasah suami selepas dia mengamuk gara-gara lelaki itu mendedahkan kehamilan keduanya kepada keluarga.
-
Dia belum bersedia dari segi mental untuk berdepan pertanyaan orang sekeliling.
-
Dia rasa dikhianati apabila suami secara senyap-senyap telah memberitahu ibunya.
-
Dia diserang secara fizikal hingga cedera di hadapan anak kecil mereka yang berusia setahun.
-
Netizen menasihatkannya supaya segera mendapatkan bantuan demi keselamatan diri dan anak.
“Aku lari, dia tarik aku lagi sambil dukung anak aku umur setahun. Kesian anak aku sampai nangis-nangis. Dia siap cakap, aku cerai,” kongsinya.
Apa lebih menyedihkan, suaminya itu langsung tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas tindakan kejam itu dan membiarkan dia dalam keadaan kesakitan seorang diri.
“Sekarang sudah pukul 2 pagi. Dia dan anak sudah tidur, aku di sini seorang diri… Sunyi, mata tak mahu pejam, kepala rasa berat, badan sakit. Jiwa apatah lagi.
“Bagaimana aku harus tenangkan diri? Mungkin hanya satu, bersujud pada Dia. Salah ke keputusan aku merahsiakan kehamilan sampai kena pukul? Aku tak tahu nak luah dekat siapa,” kongsinya.

Sebahagian daripada komen netizen.
Di ruang komen, netizen menasihatkan agar wanita itu mendapatkan bantuan segera dan tidak berdiam diri demi keselamatan diri dan anak.
Mereka berpendapat tiada sebarang alasan boleh menghalalkan perbuatan memukul isteri apatah lagi ketika sedang hamil.
“Pergi emergency, cakap tengah mengandung dan kena pukul dengan suami. Doktor akan telefon polis.
“Pilih nak jadi ibu yang bodoh atau cerdik. Kau nak tunggu suami pukul anak baru nak bertindak pergi emergency?” antara komen netizen.





