BUKAN pilih kasih, namun emosi seorang ibu juga ada turun naiknya.
Demikian situasi dialami seorang wanita ini yang mengakui berdepan konflik perasaan apabila sukar mengawal kemarahan terhadap anak keduanya, meskipun menyayangi kanak-kanak tersebut.
Menerusi perkongsian di laman sosial, dia yang merupakan ibu kepada tiga orang anak perempuan berusia sembilan tahun, tiga tahun dan lima bulan itu berkata, keadaan tersebut berlaku kerana kerenah anak keduanya itu yang kerap mencabar serta menguji kesabarannya.

Tiada anak yang patut dipinggirkan dalam soal perhatian dan kasih sayang. -Gambar hiasan AI






