PASTI ada tidak tahu pempengaruh dan pengulas kenderaan Abang Gan sebenarnya seorang lelaki berbangsa Cina yang memeluk Islam kerana tutur katanya tidak tumpah seperti orang Melayu.
Malah setiap kali membuat reviu kenderaan terbaharu di pasaran, Abang Gan pasti menyelitkan loghat Negeri Sembilan yang mencuit hati penonton.
Memeluk Islam sejak tujuh tahun lalu, Abang Gan atau Gan Yong Li, 39, berkata, sambutan Aidilfitri paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana kemeriahannya yang berbeza dan ada kenangan tersendiri.







