TUGAS membesarkan anak sering kali dianggap sebagai tanggungjawab mutlak seorang isteri.
Namun bagi lelaki ini, dia mempunyai prinsip yang cukup mendalam demi menghargai pengorbanan wanita yang dicintainya.
Katanya, imej seorang lelaki sebenarnya akan kelihatan jauh lebih ‘gentleman’ apabila mereka sanggup menguruskan anak, berbanding bapa yang sekadar melepaskan beban tersebut di bahu isteri semata-mata.






