TINGGAL berhampiran surau yang menguruskan hampir 10 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban setiap tahun tidak menjamin seseorang itu akan mendapat bahagiannya.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila mendakwa sudah dua tahun berturut-turut dia tidak menerima sebarang agihan daging korban.
Dalam luahan dibuat di media sosial, individu berkenaan berkongsi rasa terkilan kerana kediamannya hanya dipisahkan beberapa lorong sahaja dari surau terbabit.






