Viral

Sumbat dalam but, tendang keluar kereta! Pemuda ‘cekup’ mat rempit buat bising pukul 4 pagi, bawa ke rumah beri ‘pengajaran’

BUNYI ekzos motosikal yang bingit, terutama pada lewat malam memang cukup untuk buat sesiapa saja hilang sabar.

Perangai segelintir mat rempit yang suka melakukan aksi ‘akrobatik’ di kawasan perumahan bukan saja mengundang maki hamun, malah sangat membahayakan nyawa orang lain.

Seorang pemuda berkongsi pengalaman ‘manis’ apabila dia berjaya menangkap salah seorang daripada sekumpulan mat rempit yang galak mencetuskan bunyi bising di depan rumahnya sekitar pukul 4 pagi.

Golongan mat rempit tidak serik melakukan kesalahan walaupun berulang kali ditegur. -Gambar hiasan AI

Golongan mat rempit tidak serik melakukan kesalahan walaupun berulang kali ditegur. -Gambar hiasan AI

“Alhamdulillah Subuh tadi dapat tangkap seorang mat rempit depan rumah. Boleh pula dia lepak depan rumah sambil rem dan buat wheelie.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh