HASRAT seorang individu untuk mendapatkan bantuan profesional bagi meredakan masalah tekanan jiwa bertukar menjadi satu pengalaman mengecewakan apabila isu kesihatan mental dihadapinya didakwa menjadi bahan ketawa seorang doktor di hospital.
Menerusi hantaran tular di media sosial, pesakit berkenaan berkongsi rasa terkilan apabila doktor yang merawatnya tertawa ketika mendengar dia berkongsi mengenai kaedah rawatan alternatif yang dilakukannya sebelum ini.
“Sebagai konteks, dia tidaklah mengejek saya secara terang-terangan. Saya beritahu dia pasal satu kaedah khusus yang saya jumpa di internet… dia tak pernah dengar, jadi dia pun cari kat Google,” kongsinya.

Sikap ditunjukkan doktor terbabit didakwa kurang sensitif terhadap isu dihadapi pesakit. -Gambar hiasan AI





