SEORANG lelaki terasa hati dengan sikap isterinya apabila dia didakwa membandingkan bajet membeli baju raya yang diperuntukkan dengan jumlah diterima rakan-rakannya.
Kata lelaki itu, untuk tahun ini dia sudah mengasingkan bajet sebanyak RM500 untuk membeli pakaian raya untuk isteri dan anak mereka.
Namun bagi si isteri, jumlah tersebut dianggap tidak mencukupi kerana ada suami kepada rakannya mampu menyediakan bajet sebanyak RM1,000.






