SEORANG isteri sepatutnya disayangi dan dihargai, bukannya dipermalukan di depan khalayak ramai hanya kerana perkara kecil.
Demikian pandangan seorang lelaki yang terkilan selepas menyaksikan sendiri seorang wanita dimarahi suami di sebuah kedai bakeri sehingga menarik perhatian orang ramai.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di premis berkenaan sebelum terdengar seorang lelaki meninggikan suara terhadap isterinya.






