MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri, lebuh raya di seluruh negara akan dibanjiri dengan jutaan kenderaan yang bergerak pulang ke kampung masing-masing.
Namun, seorang lelaki di Thread berkata dia enggan mengambil risiko menempuh perjalanan panjang memandangkan isterinya kini sedang sarat mengandung.
Menurut lelaki itu, kampung halamannya terletak jauh di negeri Sabah, manakala isterinya pula merupakan orang Kelantan.

Jutaan kenderaan dijangka bergerak ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan





