PERUBAHAN bentuk badan seseorang yang terlalu ketara ada kalanya mengundang rasa kurang senang orang sekeliling.
Di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan sikap isterinya yang terlalu obses dengan diet dan senaman sehingga berat badannya susut secara mendadak.
Difahamkan, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan isterinya kini hanya memiliki berat badan sekitar 39 kilogram.






