KESETIAAN dalam rumah tangga bukan sahaja menjadi tiang utama kebahagiaan sesebuah perkahwinan, malah ramai yang percaya ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keberkatan rezeki.
Itulah apa yang cuba disampaikan seorang wanita apabila mendedahkan rezeki bekas suaminya tidak lagi semewah dahulu, selepas lelaki itu didakwa menduakan cintanya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Menurut wanita itu, bekas suaminya sebelum ini mampu memperoleh pendapatan yang lumayan menerusi kerja sambilan sebagai penghantar makanan, hingga berupaya menampung pelbagai komitmen serta hutang bulanan tanpa masalah.





