DALAM fasa perkahwinan, usaha untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC) sering menguji tahap kesabaran, empati dan kekuatan hubungan.
Luahan seorang lelaki yang berada dalam kelompok TTC mengundang pelbagai reaksi apabila dia mengakui menyimpan hasrat untuk berkahwin lain selepas tiga tahun menanti cahaya mata.
Menurutnya, ramai kenalan sekeliling memilih jalan berkahwin senyap-senyap apabila isteri mereka tidak mampu mengandung, malah ada yang menunggu sehingga 11 tahun sebelum akhirnya berputus asa.






