SETIAP rumah tangga pasti mempunyai cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pasangan perlu mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Namun bagi seorang lelaki, kehidupan berumah tangga yang diharapkan menjadi tempat mencari ketenangan bertukar ‘neraka’ apabila isterinya didakwa bersikap panas baran.
Menerusi satu perkongsian di Threads, lelaki itu meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa isterinya lebih memberi tumpuan kepada karier sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.

Komunikasi berkesan menjadi kunci kepada keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI



