KOMUNIKASI menjadi kunci dalam mengekalkan keharmonian sesebuah rumah tangga dan tanpanya ia boleh menyebabkan pelbagai salah faham di antara suami isteri.
Seorang wanita berkongsi dia bertindak keluar dari rumah selepas tidak tahan dengan sikap acuh tak acuh suaminya sehingga merasakan dirinya terabai.
Cerita wanita itu, lebih menyucuk hati, suaminya langsung tidak mencarinya dan membuatkan dia nekad meninggalkan lelaki tersebut.






