BERDEPAN pelbagai ragam dan kerenah pekerja merupakan cabaran besar yang terpaksa ditelan oleh mana-mana organisasi, terutamanya bagi kakitangan di bahagian Jabatan Sumber Manusia (HR).
Seorang staf HR tampil mendedahkan bahawa kebanyakan masalah yang pernah dikendalikannya sepanjang 12 tahun berkhidmat di jabatan berkenaan adalah melibatkan kakitangan wanita.
“Saya tak kisah orang cakap apa. Sebab ni la kami tak ambil staf perempuan. Sudah kena tiga kali. Rasa dianiaya dengan pekerja sendiri. Gaji ambil, kerja tak buat lepas tu berhenti. Kalau lepas cuti bersalin, masuk (kerja) tak apa.






