SETIAP pasangan pastinya mendirikan rumah tangga atas dasar cinta, namun tidak semua mampu mengekalkan kebahagiaan yang diimpikan apabila terpaksa berdepan realiti kehidupan selepas berkahwin.
Begitulah kisah duka seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya sehingga mengakui menyesal berkahwin kerana mendakwa lelaki itu gagal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Jelasnya, walaupun suami memperoleh pendapatan dalam kategori M40, lelaki itu didakwa langsung tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik sehingga gagal menyediakan simpanan untuk masa depan mereka keluarga.






